Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 (S/RES/242) diterima sebulat suara oleh Majlis Keselamatan PBB pada 22 November 1967, selepas tamatnya Perang Enam Hari. Ia diterima di bawah Bab VI Piagam PBB.[1] Resolusi ini didraf oleh duta British Lord Caradon dan merupakan antara lima draf yang dipertimbangkan.[2]
Ia memanggil kepada "penubuhan kedamaian yang saksama dan berkekalan di Timur Tengah yang harus termasuk penerapan kedua=dua prinsip berikut: (i) Pengunduran angkatan tentera Israel dari wilayah yang didudukinya dalam konflik baru-baru ini", "(ii) Pengguguran semua tuntutan atau keadaan sedang berperang" dan rasa hormat terhadap hak semua negara di kawasan tersebut untuk hidup secara damai dalam sempadan yang diiktiraf dan selamat.