Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Revolusi Perancis (Perancis: Révolution française , 1789–1799) merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan terdahulu yang dikuasai raja (mutlak pada awalnya tapi kemudiannya secara berperlembagaan) dengan sistem feudal yang memberikan keistimewaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik kepada suatu pemerintahan dipimpin rakyat jelata yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat. Tempoh ini berlaku ketika pemerintahan Raja Louis XVI. Revolusioner Perancis menggunakan cogan kata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan".
Perubahan ini turut disertai dengan keganasan termasuk pembunuhan dan penindasan ketika Tempoh Keganasan, dan peperangan yang melibatkan kuasa besar di Eropah. Peristiwa yang selepas itu dapat dikesan berlanjutan daripada Revolusi seperti Perang Napoleon, dua pemulihan monarki, dan dua revolusi tambahan apabila Perancis moden mula terbentuk.
Dalam abad yang berikutnya, Perancis telah ditadbir dalam pelbagai bentuk iaitu sebagai republik, pemerintahan diktator, raja berperlembagaan dan dua empayar yang berlainan.