Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Muslim Agricultural Revolution (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Zaman Kegemilangan Islam dari abad ke-8 ke abad ke-13 menyaksikan suatu perubahan asas pada pertanian digelar sebagai Revolusi Pertanian Arab,[1] Revolusi Hijau Pertengahan,[2][3] atau Revolusi Pertanian Islam.[4] Ekonomi sedunia ditubuhkan oleh pedagang Arab dan Islam lain di sepanjang Dunia Lama, membenarkan penyebaran banyak teknik tanaman dan pertanian di kalangan berlainan bahagian dunia Islam, dan juga adaptasi tanaman dan teknik dari dan ke daerah di sebalik dunia Islam. Tanaman dari Afrika seperti sorghum, tanaman dari China seperti buah sitrus, dan beberapa tanaman dari India seperti mangga, padi, kapas dan tebu, telah diedarkan di sepanjang dunia Islam, yang terdahulunya belum menanam tanaman ini.[1] Sesetengah pengarang tekah merujukkan pada penyebaran beberapa tanaman sewaktu zaman ini sebagai Globalisasi tanaman.[5] Pengenalan ini, bersama dengan pengenalan jentera pertanian, membawa ke perubahan utama pada ekonomi, taburan penduduk, liputan tumbuhan,[6] penghasilan pertanian dan kemasukan wang, tingkat penduduk, perkembangan bandar, pengedaran tenaga buruh, industri berkaitan, masakan, peraturan makanan dan pakaian dalam dunia Islam.[1]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Glick