![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Ribosom merupakan mesin molekul rumit didapati dalam semua sel hidupan yang berfungsi sebagai tapak sintesis protein biologi (translasi). Ia menghubungkan bersama komponen-komponen asid amino mengikut urutan yang diperincikan oleh molekul RNA pengutus (mRNA). Ia terdiri daripada dua komponen utama: subunit ribosom kecil yang membaca RNA dan subunit besar yang menghubungkan asid amino membentuk rantaian polipeptida. Setiap subunit terdiri daripada lebih banyak molekul RNA ribosom (rRNA) dan pelbagai jenis protein ribosom (r-protein atau rProtein[1][2][3]).