Richard III | |
---|---|
![]() Potret terawal Richard yang masih wujud (c. 1520) (Society of Antiquaries, London) | |
Raja England | |
Pemerintahan | 26 Jun 1483 – 22 Ogos 1485 |
Kemahkotaan | 6 Julai 1483 |
Didahului oleh | Edward V |
Diikuti oleh | Henry VII |
Keputeraan | Istana kota Fotheringhay, Northamptonshire | 2 Oktober 1452
Kemangkatan | 22 Ogos 1485 Padang Bosworth, Leicestershire | (umur 32)
Pemakaman | Greyfriars, Leicester (sehingga 2013) |
Raja permaisuri | Anne Neville |
Anakanda |
|
Kerabat | Kerabat York |
Ayahanda | Richard Plantagenet, Duke York |
Bonda | Cecily Neville, Duchess York |
Tandatangan | ![]() |
Richard III (2 Oktober 1452 – 22 Ogos 1485) adalah Raja England selama dua tahun, dari 1483 sehingga kematiannya pada 1485 dalam Pertempuran Padang Bosworth. Baginda merupakan raja terakhir Kerabat York dan juga dinasti Plantagenet. Kekalahannya di Bosworth, pertempuran muktamad Perang Bunga Ros, kadangkala dianggap sebagai pengakhiran Zaman Pertengahan di England. Baginda menjadi subjek pementasan Richard III oleh William Shakespeare.
Apabila kekandanya Edward IV mangkat pada April 1483, Richard dinamakan Lord Protector bagi putera dan pengganti Edward, Edward V yang berumur 12 tahun. Sesampai di London, Edward V dan adiknya Richard menetap di Menara London sementara menunggu pertabalan baginda pada 22 Jun 1483. Bagaimanapun belum sempat dimahkotakan, perkahwinan ayahandanya dengan ibundanya Elizabeth Woodville diisytiharkan tidak sah, membuatkan putera mereka tidak layak menjadi raja. Dakwaan itu disahkan suatu perhimpunan bangsawan dan rakyat kebanyakan British pada 25 Jun. Keesokan harinya, Richard III mula memerintah dan baginda dimahkotakan pada 6 Julai 1483. Putera-putera muda itu tidak lagi dilihat selepas Ogos tahun tersebut.
Tedapat dua pemberontakan utama menentang Richard. Yang pertama, pada Oktober 1483, dipimpin sukutu kuat Edward IV[1] dan juga bekas sekutu Richard, Henry Stafford, Duke Buckingham Kedua,[2] anak saudara sepupunya.[3] Pemberontakan ini runtuh dan Stafford dihukum bunuh di Salisbury. Pada Ogos 1485, Henry Tudor dan bapa saudaranya Jasper Tudor pula bangkit. Henry Tudor mendarat di Pembrokeshire, dengan satu kontinjen kecil askar Perancis, dan bergerak merentasi Wales merekrut askar dan pemanah. Richard terbunuh dalam Pertempuran Padang Bosworth, raja Inggeris terakhir meninggal dalam pertempuran.
Disebabkan keadaan naik takhta dan kemenangan Henry VII, jasad Richard III ditanam tanpa kebesaran dan hilang lebih daripada lima abad. Pada 2012, satu penggalian arkeologi dijalankan pada tempat letak kereta Majlis Perbandaran di tempat yang dahulu ialah Greyfriars, Leicester. Universiti Leicester mengesahkan pada 4 Februari 2013 bahawa satu rangka yang ditemui dalam penggalian tersebut iala milik Richard III, berdasarkan bukti daripada pentarikhan radiokarbon, perbandingan dengan laporan sezaman rupanya, dan perbandingan DNA mitokondrion dengan dua keturunan nasab ibu kakak sulung Richard III, Anne dari York.[4][5][6]
|url=
(bantuan); |access-date=
requires |url=
(bantuan)