Rimi Sen

Rimi Sen
Sen pada 2017
Kelahiran
Subhamitra Sen[1]

(1981-09-21) 21 September 1981 (umur 43)
Calcutta, Bengal Barat, India (kini Kolkata)
WarganegaraIndia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2000–16
Terkenal keranaPhir Hera Pheri

Rimi Sen (lahir 21 September 1981) ialah bekas pelakon dan penerbit filem India yang telah muncul dalam filem-filem Bollywood, Telugu dan Bengali. Sen memulakan penampilan sulungnya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Bengali Damu. Beliau muncul buat pertama kali sebagai pelakon utama dalam filem Telugu Nee Thodu Kavali. Pada tahun 2003, beliau berlakon dalam filem Hindi pertamanya dalam komedi Hungama yang mana beliau dicalonkan di Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik. Selepas itu, beliau muncul dalam beberapa filem yang berjaya termasuk Baghban (2003), Dhoom (2004), Garam Masala (2005), Phir Hera Pheri (2006) dan Golmaal: Fun Unlimited (2006). Beliau turut menyertai rancangan realiti Bigg Boss pada tahun 2015.

  1. ^ Vyavahare, Renuka (26 February 2015). "Rimi Sen resurfaces as Subhamitra". The Times of India. Dicapai pada 15 July 2016.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne