Robin Williams | |
---|---|
![]() Williams di tayangan perdana Happy Feet Two (2011) | |
Kelahiran | Robin McLaurin Williams 21 Julai 1951 |
Meninggal dunia | 11 Ogos 2014 Paradise Cay, California, Amerika Syarikat | (umur 63)
Sebab kematian | Bunuh diri gantung |
Pusat pendidikan | Juilliard School |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak stand-up, penerbit filem, penulis lakon layar |
Tahun aktif | 1976–2014 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 termasuk Zelda Williams |
Kerjaya lawak | |
Media | Pentas, filem, televisyen |
Genre | Komedi |
Laman web | robinwilliams |
Robin McLaurin Williams (21 Julai 1951 – 11 Ogos 2014) ialah seorang pelakon dan pelawak Amerika Syarikat. Dengan mula-mula dikenali sebagai penggarap watak Mork si makhluk angkasa dalam siri Mork & Mindy (1978–1982), Williams memantapkan kerjaya dalam pementasan komedi dan seni lakon layar perak. Beliau telah beraksi dalam filem-filem yang terkemuka seperti The World According to Garp (1982), Good Morning, Vietnam (1987), Dead Poets Society (1989), Awakenings (1990), The Fisher King (1991), dan Good Will Hunting (1997), termasuk filem dengan kewangan berjaya seperti Hook (1991), Aladdin (1992), Mrs. Doubtfire (1993), Jumanji (1995), Jack (1996), The Birdcage (1996), Night at the Museum (2006), Happy Feet (2006), dan Happy Feet Two (2011). Beliau juga muncul dalam video muzik "Don't Worry, Be Happy" oleh Bobby McFerrin.
Selain tiga kali dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Williams menerima Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Good Will Hunting. Beliau juga meraih dua Anugerah Emmy, empat Anugerah Golden Globe, dua Anugerah Screen Actors Guild dan lima Anugerah Grammy.[1][2]
Williams menderita dengan kemurungan sepanjang hayatnya, malah juga bergelut dengan ketagihan dadah dan alkohol.[3] Pada 11 Ogos 2014, beliau didapati mati setelah membunuh diri dengan menggantung diri[4] di rumahnya di Paradise Cay, California.[5]