Roger Scruton | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kelahiran | Roger Vernon Scruton 27 Februari 1944 | ||||||||||||
Meninggal dunia | 12 Januari 2020 Brinkworth, Wiltshire, England | (umur 75)||||||||||||
Pendidikan | MA (doktor falsafah 1962–1965),[a] PhD (estetika 1967–1972), Jesus College, Cambridge | ||||||||||||
Pekerjaan | Ahli falsafah, penulis | ||||||||||||
Terkenal kerana | Konservatisme tradisionalis | ||||||||||||
Karya terkenal | The Meaning of Conservatism (1980); Sexual Desire (1986); The Aesthetics of Music (1997); How to Be a Conservative (2014) | ||||||||||||
Televisyen | Why Beauty Matters (BBC Two, 2009) | ||||||||||||
Pasangan |
| ||||||||||||
Anak-anak | 2 | ||||||||||||
| |||||||||||||
| |||||||||||||
Laman web rasmi | roger-scruton.com |
Sir Roger Vernon Scruton FBA FRSL (/ˈskruːtən/; 27 Februari 1944 - 12 Januari 2020) adalah seorang ahli falsafah dan penulis bahasa Inggeris yang pakar dalam estetika dan falsafah politik, terutamanya dalam memajukan pandangan berkenaan konservatif tradisionalis.[2][3]
Penyunting dari 1982 hingga 2001 untuk The Salisbury Review, sebuah akhbar politik konservatif, Scruton menulis lebih dari 50 buku mengenai falsafah, seni, muzik, politik, kesusasteraan, budaya, seksualiti, dan agama; dia juga menulis novel dan dua karya opera. Penerbitan karyanya yang paling terkanal termasuklah The Meaning of Conservatism (1980), Sexual Desire (1986), The Aesthetics of Music (1997), dan How to Be a Conservative (2014). Beliau adalah penyumbang tetap kepada media-media terkenal, termasuk The Times, The Spectator, dan New Statesman.
Scruton menjadi seorang konservatif selepas menyaksikan protes pelajar Mei 1968 di Perancis. Dari 1971 hingga 1992, beliau menjadi pensyarah dan profesor estetika di Birkbeck College, London, selepas itu beliau memegang beberapa jawatan akademik sambilan, termasuk di Amerika Syarikat. Pada tahun 1980-an beliau membantu menubuhkan rangkaian akademik bawah tanah di Eropah Timur yang dikuasai oleh Kesatuan Soviet. Diatas jasanya beliau dianugerahkan Pingat Merit (Kelas Pertama) Republik Czech oleh Presiden Václav Havel pada tahun 1998.[4] Scruton diberikan darjah kesateria dalam Penghargaan Hari Jadi Ratu Elizabeth 2016 untuk "perkhidmatan kepada falsafah, pengajaran dan pendidikan awam"
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan