Rooney Mara | |
---|---|
![]() Mara pada tahun 2017 | |
Kelahiran | Patricia Rooney Mara 17 April 1985[1] |
Nama lain | Patricia Mara Tricia Mara |
Pusat pendidikan | Universiti New York |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2005–sekarang |
Saudara |
|
Patricia Rooney Mara (/ˈmɛərə/ MAIR-ə; lahir 17 April 1985)[1] ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam filem slasher, Urban Legends: Bloody Mary (2005). Beliau juga mempunyai peranan di dalam filem Tanner Hall (2009), A Nightmare on Elm Street dan The Social Network (2010).
Pada tahun 2011, Mara melakonkan watak Lisbeth Salander di dalam filem The Girl with the Dragon Tattoo. Beliau menerima pujian meluas untuk persembahan lakonannya dan menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik di dalam Filem – Drama. Pada tahun 2015, beliau menerima pujian meluas untuk persembahan lakonannya di dalam filem Carol dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Golden Globe, SAG, BAFTA dan Anugerah Akademi.