Roti bulan sabit, roti tanduk, kroisan atau juga dikenali dengan nama bahasa Perancisnya croissant (kʁwa'sɑ̃, ) merupakan sejenis roti berupa pastri yang berasal dari Perancis dicirikan bentuk menyerupai "bulan sabit" yang memberi asal namanya (bandingkan dengan perkataan seasal dalam bahasa Inggeris iaitu crescent).[1] Penghasilan roti yang berbentuk sedemikian memerlukan tahap kesabaran kerana ia dapat memakan waktu dalam tempoh beberapa hari. Ketika ini roti bulan sabit dalam jumlah yang besar biasanya dibuat dengan menggunakan mesin.
Terdapat pelbagai cara roti ini dijamukan dari rantau ke rantau: di Perancis, ia biasanya dijual tanpa dimasukkan isinya lalu dimakan begitu sahaja. Di negara-negara lain pula, roti jenis ini ada diisi dengan pelbagai inti seperti coklat, daging dan sebagainya.