Rotten Tomatoes | |
---|---|
![]() | |
Maklumat umum | |
URL | rottentomatoes |
Jenis | Aggregator ulasan filem dan komuniti pengguna |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris ![]() |
Ditubuhkan | 19 Ogos 1998 ![]() |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik |
|
Pengasas | Senh Duong |
Komersial | Ya |
Pendaftaran | Tidak diwajibkan |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | ![]() |
Lokasi | |
Ibu pejabat | San Francisco ![]() ![]() |
Negara asal | Amerika Syarikat ![]() |
Pautan luar berkaitan | |
OCLC | 48768329 |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Catatan | |
[2][3][4] | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Rotten Tomatoes ialah sebuah laman sesawang dilancarkan pada 1998 dikhaskan untuk ulasan dan berita filem; ia dikenali dengan meluas sebagai aggregator ulasan filem. Liputan kini termasuk kandungan TV juga. Nama laman ini berasal daripada amalan penonton yang membaling tomato busuk apabila tidak menyukai lakonan pentas yang kurang memberansangkan. Syarikat ini dicipta oleh Senh Duong dan sejak bulan Januari 2010, ia dimiliki oleh Flixster, yang juga telah diperolehi pada tahun 2011 oleh Warner Bros.
Sejak 2007, ketua pengarang laman sesawang ini ialah Matt Atchity.[5] Versi tempatan boleh didapati di United Kingdom, India dan Australia. Dari awal 2009 sehingga September 2010, Current Television menyiarkan rancangan mingguan, The Rotten Tomatoes Show menampilkan hos dan bahan dari laman sesawang ini. Sebuah segmen yang lebih pendek telah dimasukkan ke dalam rancangan mingguan, InfoMania, tetapi ia berakhir pada 2011. Pada September 2013, laman sesawang ini memperkenalkan "TV Zone", sebuah bahagian untuk memberi ulasan rancangan TV.