Dalam geometri, ruang Euclides terdiri daripada satah Euclides dua dimensi, ruang tiga dimensi bagi geomteri Euclides, dan ruang-ruang lain tertentu. Ia dinamai sempena ahli matematik Yunani Purba, Euclides dari Iskandariah.[1] Istilah "ruang Euclides" membezakan ruang-ruang ini daripada jenis ruang lain yang dipertimbangkan dalam geometri moden. Ruang Euclides juga menyeluruh kepada dimensi lebih tinggi.