Rumpai

Dandelion merupakan rumpai biasa terdapat di merata tempat di dunia, terutamanya di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

Rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh pada tempat ia tak dikehendaki. Dalam erti kata umum ia merupakan tumbuhan yang dianggap oleh pengguna dari segi mengganggu, dan biasanya digunapakai kepada tumbuhan yang tidak diingini dalam keadaan kawalan manusia, terutamanya pertanian dan taman. Ini termasuk juga bagi halaman, taman riadah, hutan dan kawasan-kawasan lain. Lebih khusus lagi, istilah ini sering digunakan bagi merujuk tanaman yang tumbuh dan membiak secara agresif.[1] Pada umumnya, rumpai merupakan tanaman pada kawasan yang tidak diingini, dan mungkin merupakan spesies ceroboh.

Seperti juga dengan perosak-perosak yang lain, rumpai menimbulkan banyak masalah di kawasan pertanian. Biasanya rumpai mempunyai daya saingan yang tinggi terhadap nutrien, air dan faktor-faktor pertumbesaran yang lain. Di samping itu rumpai mempunyai daya penyesuaian dan pembiakan yang cepat jika dibandingkan dengan tanaman. Sifat sedemikian menyebabkan pertumbuhan tanaman terencat dan secara tidak langsung hasilnya juga akan berkurangan.

Dalam buku Rumpai di Barat - (Weeds of the West),[2] pengarangnya mentakrifkan tumbuhan yang dimasukkan dalam buku itu menurut kriteria berikut, menurut J.M. Torrell:

Tumbuhan yang mengganggu dengan matlamat pengurusan bagi kawasan tertentu pada masa tertentu.

Harlan dan deWet (1965) mentafsirkan rumpai dengan lebih ringkas sebagai umumnya organisma yang tidak diingini yang subur dalam habitat yang diganggu manusia.”[3]

Rumpai mungkin tidak diingini menurut beberapa sebab: ia mungkin tidak cantik, atau menghimpit atau mengatasi tumbuhan yang diingini (terutama tanaman ladang) atau menggunakan baja terhad dari tanah. Ia mampu melindungi dan menyebar patogen tumbuhan yang menjangkiti dan merosakkan kualiti tanaman ladang atau tumbuhan hortikultur. Kadang-kala rumpai mengganggu kerana ia memiliki duri, sesetengah memiliki bahan kimia yang merengsakan kulit atau merbahaya jika dimakan, atau memiliki bahagian yang tanggal dan melekat pada bulu atau pakaian seperti kemuncup.

Istilah rumpai dari segi umum adalah subjektif, tanpa sebarang nilai pengelasan, kerana "rumpai" bukanlah rumpai apabila tumbuh di tempat yang asalnya atau diingini. Malah, sejumlah "rumpai" pernah digunakan di taman dan tempat penanaman tumbuhan lain. 'Rumpai sukarelawan' adalah tumbuhan tanaman yang ditanam dalam penananaman berikutnya. Satu contoh rumpai tanaman yang ditanam di taman adalah corncockle dan Agrostemma, yang merupakan rumpai ladang biasa yang dieksport dari Eropah bersama gandum, tetapi kadang-kala juga ditanam sebagai pokok taman.[4]

  1. ^ Janick, Jules (1979). Horticultural Science (ed. 3rd). San Francisco: W.H. Freeman. m/s. 308. ISBN 0-7167-1031-5.
  2. ^ Tom, Whitson, ed. (1992). Weeds of the West. Western Society of Weed Science. m/s. ix. ISBN 0-941570-13-4.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  3. ^ Harlan J, de Wet J (1965). "Some thoughts about weeds". Economic Botany. 145 (1): 16–24. doi:10.1007/BF02971181. Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)
  4. ^ "Detailed information on Corn Cockle (Agrostemma githago)". PlantFiles. Dicapai pada February 15, 2009.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne