Saber (Fate/stay night)

Saber

Saber merupakan watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun Fate/stay night oleh TYPE-MOON.

Saber memainkan peranan utama dalam siri Fate/stay night sebagai Servant Shirō dan antara kelas Servant yang terhandal. Dia bersifat setia, tenang dan berdikari; dia kelihatan kejam, tetapi sebenarnya memendam emosinya untuk memberi perhatian penuh terhadap objektifnya. Kelasnya dianggap yang "Paling Cemerlang", dengan taraf yang hebat dalam setiap aspek dan kategori. Oleh kerana Tuannya tidak mampu membekalnya Mana dengan berkesan, dia merendahkan aktivitinya untuk menyimpan apa yang sedia ada. Saber terpegun di atas sikap "perlindungan" Shirō, dan menganggap tingkah laku Tuannya yang tidak menentu dan melulu itu mengganggu peluangnya memenangi peperangan Holy Grail kelima ini.

Seiyu watak Saber ialah Ayako Kawasumi, dan alihan suara bahasa Inggerisnya dilakukan oleh Kate Higgins.[1]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne