Allahyarhamah Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Saloma Ismail | |
---|---|
![]() Saloma pada tahun 1960an | |
Kelahiran | Salmah binti Ismail 22 Januari 1935 |
Meninggal dunia | 25 April 1983 | (umur 48)
Sebab kematian | Demam kuning |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, model |
Tahun aktif | 1950–1983 |
Pasangan |
|
Anak-anak |
|
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Allahyarhamah Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Saloma (22 Januari 1935 – 25 April 1983) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Singapura-Malaysia yang popular sekitar tahun 1950-an sehingga awal 1980-an.[1][2][3] Dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura, beliau merupakan adik kepada seniwati Mariam Ismail (yang lebih dikenali sebagai Mariani). Selain itu, beliau juga ialah kakak sebapa kepada penyanyi dan pelakon, Aminah Ismail (yang lebih dikenali sebagai Mimi Loma). Saloma merupakan isteri ketiga kepada pengarah, penerbit, pelakon filem, komposer dan penerbit, Tan Sri Datuk Amar P. Ramlee.[4]
Di awal permulaan kerjayanya, Saloma terkenal melalui nyanyian menerusi filem-filem yang diterbitkan pada tahun 50-an. Filem pertama lakonannya ialah Azimat (1958) diikuti oleh filem Kaki Kuda (1958). Sejak itu, Saloma mula berlakon dalam pelbagai filem antaranya ialah Seniman Bujang Lapok (1961), Ragam P. Ramlee (1964) dan Ahmad Albab (1968). Setelah kematian suaminya, Saloma mula diselubungi kemurungan dan kesedihan. Akibat daripada itu, beliau ditimpa pelbagai penyakit sehingga menyebabkan beliau semakin kurus dan tidak bermaya. Beliau meninggal dunia pada 25 April 1983 akibat penyakit demam kuning pada usia 48 tahun.[5]
Saloma telah dianugerahkan gelaran Biduanita Pertama Negara pada tahun 1978 dan gelaran Puan Sri pada tahun 1990 setelah kematiannya kerana suaminya, P. Ramlee turut menerima anugerah yang sama. Gelaran itu menunjukkan status beliau sebagai isteri kepada seorang Tan Sri.[4]