Salor merupakan sebuah daerah di dalam Jajahan Kota Bharu yang ditadbir oleh seorang Penggawa lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Daerah Salor mempunyai 7 mukim penghulu dan 5 mukim Imam yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri Kelantan mengikut sempadan-sempadan yang ditetapkan Salor terletak didalam laluan dari ibu negeri Kelantan ke Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah, Jeli dan utara negeri-negeri di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia. Salor terletak dalam Parlimen Kubang Kerian
Mukim Penghulu dalam Daerah Salor adalah Mukim Telok Kandis, Mukim Padang Sakar, Mukim Betong, Mukim Seberang Pasir Mas, Mukim Aur Duri, Mukim Keladang, dan Mukim Padang Tengah. Manakala Mukim Masjid pula terdiri daripada Mukim Salor, Mukim Padang Chenok, Mukim Seberang Pasir Mas, Mukim Pengkalan Kubor dan Mukim Padang Tengah
Pejabat Penggawa Daerah Salor terletak di Mukim salor yang dikenali sebagai kawasan Kedai Salor, kawasan kedai salor merupakan pekan asal dan tempat kegiatan ekonomi bagi penduduk di daerah Salor pada satu ketika dahulu.