Samarkand ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang main rock progresif. Ia ditubuhkan pada 1998 dan anggotanya termasuk Martin Vengadesan (vokal utama/keyboard), Sujesh Pavithran (vokal utama/bass), NR Lohan (gitar) dan Rudolf Frank (dram). [1]
Band ini mencapai peringkat akhir MTV's Band Alert (Malaysia) pada tahun 1998, yang telah di menangi oleh kumpulan Tuku Kame.[2]
Mereka juga membuat persembahan di festival rock Rock The World pada Mac 2000[3] dan mengeluarkan album Spinning In Infinity pada tahun 2002.
Album ini mengandungi Thirty Pieces Of Silver, yang mencapai #6 pada carta Hitz FM, serta lagu-lagu rock progresif seperti Prelude To Dawn dan The Concise History Of Ethelred The Unready.[4]
Pada tahun 2002, Vengadesan meninggalkan kumpulan dan digantikan oleh pemain gitar/keyboard Wong Lip Kee.
Samarkand akhirnya dibubarkan pada 2006 tetapi bersatu semula secara ringkas pada 2018 untuk siri rancangan ulang tahun ke-20.[5]
Selepas empat persembahan, kumpulan itu memutuskan untuk bersara namanya secara kekal.
Anggotanya telah masuk projek rakaman lain seperti Square Circles, Cats In Love[6] dan Martin Vengadesan & The Stalemate Factor[7].