Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Samurai (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Ogos 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Samurai (侍 / 士 ) adalah istilah yang biasa digunakan bagi pahlawan yang hidup di Jepun pada zaman-zaman sebelum ia mengalami pemodenan. Istilah yang lebih tepat adalah bushi (武士) (harafiah. "orang bersenjata") yang digunakan semasa zaman Edo. Bagaimanapun, istilah samurai digunakan sekarang bagi merujuk wira bangsawan, bukan, contohnya, ashigaru atau tentera berjalan kaki. Samurai tanpa sebarang ikatan dengan sesuatu suku atau daimyo dikenali sebagai ronin (harafiah. "orang ombak").
Samurai dianggap mesti bersopan dan terpelajar, dan beransur-ansur, samurai semasa era Tokugawa beransur-ansur kehilangan fungsi ketenteraan mereka. Pada akhir era Tokugawa, samurai secara umumnya adalah kakitangan am bagi daimyo, dengan pedang mereka hanya untuk tujuan istiadat. Dengan reformasi Meiji pada akhir abad ke 19, samurai dihapuskan sebagai kelas berbeza dan digantikan dengan tentera kebangsaan menyerupai negara barat. Kod samurai yang ketat dikenali sebagai bushido masih kekal, bagaimanapun, dalam masyarakat Jepun masa kini, sebagaimana aspek cara hidup mereka yang lain.