![]() Nama biasa: San Francisco Bay Area or Bay Area | |
Bandar terbesar | - San Jose |
Bandar-bandar lain | - San Francisco - Oakland |
Penduduk | ke-6 (CSA), ke-13 (MSA) di AS |
- Jumlah | CSA: 7,354,555[1] |
- Kepadatan | 840/batu persegi 320/km² |
Luas | 8,757 batu persegi 22,681 km² |
Negeri | California |
Ketinggian | |
- Titik tertinggi | San Benito Mountain 5,241 kaki (1,597 m) |
- Titik terendah | Paras laut 0 kaki (0 m) |
San Francisco Bay Area ("Kawasan Teluk San Francisco" dalam bahasa Inggeris), atau The Bay Area secara ringkas, merupakan kawasan metropolitan di kawasan Teluk San Francisco dan Teluk San Pablo di Utara California. Ia merangkumi bandar-bandar seperti San Francisco, Oakland dan San Jose dan bandar-bandar suburban lain.
Lembah Silikon yang terkenal terletak di bahagian selatan Bay Area. Antara syarikat-syarikat yang beribu pejabat di kawasan ini termasuk AMD, Intel, Cisco Systems, Hewlett-Packard, Apple, Google, eBay dan Yahoo!.