Sang Nila Utama سڠ نيلا اوتام | |
---|---|
Raja Temasek Pertama | |
Pemerintahan | 1260-1347 |
Gelaran | Sri Tri Buana श्री त्रि भुवन "Yang Dipertuan Tiga Dunia" |
Keputeraan | Lewat abad ke-12 |
Tempat keputeraan | Palembang, Sumatera Selatan |
Mangkat | 1347 |
Tempat mangkat | Kerajaan Temasek |
Dimakamkan | Keramat Iskandar Shah, Fort Canning Hill (dipertelingkahkan) |
Pendahulu | Kerajaan ditubuhkan |
Pengganti | Seri Wikrama Wira |
Pasangan | Wan Seri Bini |
Anakanda | Seri Wikrama Wira |
Ayahanda | Sang Sapurba |
Sang Nila Utama (Jawi: سڠ نيلا اوتام ; Devanagari: सङ् नील उत्तम) ialah seorang putera hindu dari keturunan diraja hindupura yang menubuhkan Kerajaan Temasek, entiti yang menjadi pendahulu kepada negara Singapura kini, pada tahun 1299.[2][3] Baginda ialah putera kepada pasangan Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).
Beliau mendapat gelaran Sri Tri Buana (Sanskrit: श्री त्रि भुवन, rumi: śrī tri bhuvana ) semasa zamannya, ia diberikan barangkali sempena penguasaan baginda ke atas Jawa, Sumatera dan Temasek mahupun berikutan kepercayaan Hindu yang biasa pada zamannya merujuk kepada kedudukan baginda ke atas kayangan, bumi dunia manusia dan alam bawah tanah.[4]
The Malay Annals do not include dates, but tracing the succession of Sang Nila Utama's descendants and dates surrounding events during their reigns suggests the establishment of the new settlement took place in 1299.