Santai

Taman awam pada mulanya diketepikan untuk rekreasi, riadah dan sukan
Seorang lelaki berehat di sofa
Orang ramai menikmati masa lapang
Berenang masa lapang di oasis

Bersantai atau bersenggang sering ditakrifkan sebagai pengalaman meluangkan masa lapang atau masa senggang[1][2] yakni masa yang dihabiskan selain untuk melakukan perkara perniagaan, kerja, mencari pekerjaan, kerja rumah, dan pendidikan, serta kegiatan yang diperlukan seperti makan dan tidur. Dari perspektif penyelidikan, pendekatan ini mempunyai kelebihan yang boleh diukur dan setanding dari masa ke masa dan tempat.[3] Hal santai ini biasanya menekankan dimensi kebebasan dan pilihan yang dirasakan yakni bersantai dilakukan untuk "kepentingan sendiri", untuk mutu pengalaman dan penglibatannya.[4] Definisi klasik lain termasuk Thorsten Veblen (1899) "penggunaan masa yang tidak produktif."[5] Disiplin yang berbeza mempunyai definisi yang mencerminkan isu-isu biasa mereka: contohnya, sosiologi mengenai kekuatan sosial dan konteks dan psikologi keadaan mental dan emosi.

Kajian masa lapang dan sosiologi santai ialah disiplin akademik yang berkaitan dengan kajian dan analisis masa lapang. Rekreasi berbeza dari masa lapang kerana ia adalah satu kegiatan yang merangkumi pengalaman dalam masa lapang dalam konteks kegiatan.

Perbezaan antara masa lapang dan kegiatan yang tidak dapat dielakkan bukanlah satu yang jelas, contohnya, orang kadang-kadang melakukan tugasan berorientasikan kerja untuk keseronokan serta untuk kegunaan jangka panjang.[6] Perbezaan juga boleh diambil antara masa lapang dan santai. Misalnya, Situationist International berpendapat bahawa masa lapang adalah ilusi dan jarang sepenuhnya "bebas"; ekonomi dan sosial membentuk masa lapang sesuai dengan individu dan menjual kembali kepada mereka sebagai komoditi yang dikenali sebagai "santai". Sudah tentu kegiatan rekreasi kebanyakan orang bukanlah pilihan yang benar-benar bebas dan mungkin dikekang oleh tekanan sosial, misalnya, orang mungkin dipaksa untuk menghabiskan masa berkebun dengan keperluan untuk bersaing dengan kebun-kebun jiran atau pergi ke pesta kerana tekanan sosial.

  1. ^ Kelly, John (1996). Leisure, 3rd edition. Boston and London: Allyn and Bacon. m/s. 17–27. ISBN 0-13-110561-2.
  2. ^ Neulinger, John (1981). To Leisure: An Introduction. Ann Arbor, MI: Allyn and Bacon. m/s. 10–26. ISBN 0-20-506936-3.
  3. ^ Laurent Turcot, "The origins of leisure", International Innovation, April 2016, [1]
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Kelly 1996 17–272
  5. ^ Veblen, Thorsten (1953). The Theory of the Leisure Class. New York: New American Library. m/s. 46.
  6. ^ Goodin, Robert E.; Rice, James Mahmud; Bittman, Michael; & Saunders, Peter. (2005). "The time-pressure illusion: Discretionary time vs free time". Social Indicators Research 73(1), 43–70. (JamesMahmudRice.info, "Time pressure" (PDF))

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne