Stefanus | |
---|---|
![]() Santo Stefanus oleh Carlo Crivelli | |
Diakon, Diakon agung Tujuh puluh murid Protomartir Keimanan Martir Pertama | |
Lahir | sekitar 5 TM |
Meninggal | 33–36 (umur 28–32) Baitulmaqdis, Yudea, Empayar Rom |
Dihormati oleh | Gereja Katolik Rom Gereja Katolik Timur Gereja Ortodoks Gereja Ortodoks Oriental Gereja Asyur di Timur Golongan Anglikan Lutheranisme |
Dikanunkan | Pra-Kongregasi |
Hari perayaan | 25 Disember (Gereja Apostolik Armenia) 26 Disember (Barat) 27 Disember, 4 Januari, 2 Ogos, 15 September (Timur) Tobi 1 (Kristian Ortodoks Koptik) |
Atribut | Martir Merah, batu, dalmatik, dupa, gereja kecil, Kitab Injil, daun pelepah martir. Dalam Ortodoks dan Kristian Timur beliau sering memakai sebai Orarion |
Naungan | Anak altar[1]; Pueblo Orang Asli Amerika Acoma; penerap bata; pembuat keranda; Cetona, Italy; diakon; sakit kepala; kuda; Kessel, Belgium; kerja batu; Owensboro, Kentucky; Passau, Jerman; Kigali, Rwanda; Dodoma, Tanzania; Serbia; Ligao; Republik Srpska; Prato, Itali [1] |
sunting ![]() |
Santo Stefanus atau Stefanos (Yunani: Στέφανος , translit. Stéphanos, hrf. "kalungan daun, mahkota"; Inggeris: Saint Stephen) ialah martir pertama dalam agama Kristian.[2]
Kerana itu, beliau juga digelar Protomartir (Yunani: Πρωτομάρτυρας/Protomartyras ). Beliau dihormati sebagai orang suci dalam Gereja Roman Katolik, serta di Gereja Ortodoks Timur. Hari perayaan beliau adalah pada 3 Ogos. Nama beliau bermaksud 'kalungan daun dafnah' atau 'mahkota' dalam bahasa Yunani. Kematiannya diceritakan dalam Kitab Kisah Para Rasul. Beliau direjam sehingga mati atas tuduhan kufur dan diperingati pada Perayaan St. Stefanus, 26 Disember.