Scuderia Toro Rosso

Itali Toro Rosso-Ferrari
Nama penuhScuderia Toro Rosso
PangkalanFaenza, Itali
Ketua pasukanFranz Tost
Pengarah teknikalJames Key
Laman sesawangwww.scuderiatororosso.com
Nama terdahuluMinardi F1 Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Bahrain 2006
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai139
Kejuaraan Pengeluar0
Kejuaraan Pemandu0
Kemenangan1
Petak pertama1
Pusingan terpantas0
Kedudukan 2012Ke-9 (26 mata)

Scuderia Toro Rosso, juga dikenali sebagai Toro Rosso atauSTR, ialah sebuah pasukan Formula Satu Itali. Toro Rosso ialah salah satu daripada dua pasukan F1 yang dimiliki oleh syarikat minuman Red Bull, dan yang satu lagi ialah Red Bull Racing. Toro Rosso bertanding dalam Formula Satu sejak musim 2006, selepas Paul Stoddart menjual pasukan Minardi beliau pada akhir tahun 2005 kepada pemilik Red Bull, Dietrich Mateschitz, yang kemudiannya mempersetujui sebuah perjanjian 50/50 bersama bekas pemandu Formula Satu, Gerhard Berger, sebelum musim tersebut bermula. Pada akhir bulan November 2008, Red Bull mendapat semula jumlah pemilikan pasukan selepas membeli semula saham Berger.[1]

Scuderia Toro Rosso merupakan pasukan junior/adik Red Bull Racing, dengan tujuan untuk membangunkan pemandu yang berpotensi untuk berlumba dengan pasukan senior tersebut. Sejak tahun 2010, Toro Rosso bertanding sebagai "pengeluar sebenar".[2]

Vitantonio Liuzzi menyumbang mata pertama pasukan pada musim pertama mereka di Grand Prix Amerika Syarikat 2006. Petak pertama, podium dan kemenangan pertama pasukan telah disumbangkan oleh Sebastian Vettel di Grand Prix Itali 2008.

Bagi musim 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011, Toro Rosso menggunakan enjin V8 Ferrari, dan mengambil alih kontrak pasukan senior mereka yang berpecah pada akhir tahun 2006. Ketua pasukan Toro Rosso ialah Franz Tost. Dahulunya, beliau merupakan ketua bahagian sukan bermotor BMW.

Barisan pemandu pasukan pada tahun 2008 ialah Sebastian Vettel, yang merupakan pemandu ketiga untuk BMW Sauber pada tahun 2006 sebelum beralih ke Toro Rosso pada pertengahan musim 2007, dan Sébastien Bourdais. Sébastien Buemi mengambil tempat Vettel sebagai pemandu pasukan bagi musim 2009 selepas beliau menyertai Red Bull Racing, sementara Bourdais telah digugurkan dari pasukan selepas Grand Prix Jerman, berikutan siri perlumbaan yang hanya menyumbang dua mata. Jaime Alguersuari mengambil alih tempat duduk Bourdais di Grand Prix Hungary dan seterusnya. Kedua-dua Alguersuari dan Buemi berlumba untuk pasukan bagi kesemua perlumbaan bagi musim 2010 dan 2011. Pasukan mengumumkan pada 14 Disember 2011, bahawa Daniel Ricciardo dan Jean-Éric Vergne akan berlumba untuk mereka bagi musim 2012.[3]

  1. ^ "Red Bull akan membeli saham Berger di Torro Rosso". formula1.com.
  2. ^ "Toro Rosso". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. Dicapai pada 24 Februari 2011.
  3. ^ "Toro Rosso name Daniel Ricciardo & Jean-Eric Vergne as drivers for 2012". BBC Sport. BBC. 14 Disember 2011. Dicapai pada 14 Disember 2011.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne