Seberang Jaya merupakan sebuah bandar di tengah Butterworth dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Istilah Seberang Jaya adalah variasi daripada Seberang Perai. Banyak bandar baru menggunakan istilah "jaya" seperti Petaling Jaya di Selangor dan Asajaya di Sarawak.
Hospital Besar Seberang Jaya dan kolam renang yang besar juga terletak di sini. Di sini juga merupakan pusat-pusat telekomunikasi Maxis, DiGi, dan Celcom bagi rakyat seluruh Seberang Jaya. Seberang Jaya terletak di kawasan parlimen Permatang Pauh. Trafik agak sibuk dekat bandar ini terutamanya waktu pergi balik kerja. Hospital Seberang Jaya adalah menjadi hospital yang paling besar di Seberang Perai. Jabatan Imigresen Pulau Pinang turut terletak di sini dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan Raya ada di sini. Bangunan-bangunan kerajaan yang besar dan pelbagai jenis kaunter sekali di Seberang Jaya ini.