Seberang Takir

Seberang Takir merupakan sebuah pekan yang terletak di Terengganu, Malaysia. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan.

Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah Shah Bandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.

Pada bulan Mei 2013, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir bernilai RM1 juta yang pertama di Malaysia.[1]

  1. ^ Terengganu Molek Doh. Buku khas sempena Ekspo Terengganu 2018.CS1 maint: location (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne