Rencana ini perlu dikemas kini.(Februari 2023) |
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Februari 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (Februari 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
![]() | |
![]() Ibu pejabat di belakang Balai Bomba Shinagawa, Tokyo | |
Nama asli | 株式会社セガ |
---|---|
Nama rumi | Kabushiki Kaisha Sega |
Nama dahulu |
( Tahun 1951 )
( Tahun 1960 )
( Tahun 1965 )
|
Jenis/bentuk sah | Kabushiki Kaisha |
Industri | |
Ditubuhkan | 03 Jun 1960 ( sebagai Nihon Goraku Bussan ) |
Ibu pejabat | Sumitomo Fudosan Osaki Garden Tower, Nishihinagawa, Shinagawa, Tokyo, Jepun |
Tokoh penting | |
Keluaran | |
Jenama |
|
Pemilik | Sega Sammy Holdings, Gulf+Western, SCSK Corporation ![]() |
Bilangan kakitangan | 3,238 (30 September 2020) |
Syarikat induk | Sega Sammy Holdings Incorporated |
Pembahagian |
|
Anak syarikat |
|
Tapak web | https://www.sega.co.jp![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Catatan kaki/rujukan | |
[1] [2] [3] | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
type
, company_type
Sega Corporation (株式会社セガ , Kabushiki gaisha Sega) ialah sebuah syarikat perbadanan multinasional dalam Industri hiburan, media, sukan dan teknologi maklumat yang berasal dari Jepun dan anak syarikat kepada Sega Sammy Holdings Incorporated. Ia beribu pejabat di Shinagawa, Tokyo. Syarikat ini membangunkan, mengilang, melesenkan dan menyokong beraneka keluaran dengan harta intelek yang dimilikinya untuk pembangunan pelbagai media termasuk anime, musik, permainan, permainan arked, permainan video.
Syarikat ini juga merupakan sebuah syarikat dalam industri dan pengeluar sukan damak, taman hiburan, bekas pengeluar konsol permainan video. Ia menpunyai kejayaan pada kedua-dua permainan arked dan konsol rumah, namun pada 24 Januari 2001, secara rasminya meninggalkan perusahaan konsol pengguna[4] dan mula menumpu pada pembangunan perisian untuk berbilang pelantar.
Sega asalnya ditubuhkan dua orang peniaga Amerika Syarikat, Martin Bromley dan Richard Stewart: Bromley, Irving Bromberg and James Humpert dahulunya menubuhkan syarikat Service Games[5] ("Permainan Khidmat") mengkhusus kepada mesin slot dan arked untuk hiburan para askar tentera yang semakin banyak berpangkalan di Honolulu, Hawaii dengan meletusnya Perang Dunia Kedua.[6] Bormely kemudiannya menyebarkan cawangan mereka di Jepun melalui dua orang pekerjanya Richard Stewart dan Ray LeMaire di Tokyo.[7][8][9] Bromely dan Stewart mengasaskan syarikat duluan Nihon Goraku Bussan (日本娯楽物産株式会社 , Syarikat Saham Barangan Hiburan Jepun) yang mengambil alih aset-aset cawangan syarikat Service Games di Jepun yakni pada 3 Jun 1960.