Sejarah Asia Tenggara telah bermula sejak dari zaman prasejarah. Masyarakat dan kebudayaan di Asia Tenggara, di kemudian hari berkembang menjadi pelbagai budaya dan bangsa yang berbeza-beza dan spesifik, dengan pengaruh dari budaya India dan budaya China. Pada masa pra dan pasca kolonialisme, budaya Arab dan budaya Eropah juga memiliki pengaruh yang besar bagi masyarakat Asia Tenggara pada umumnya.[1][2]