Sejarah England

England atau dikenali sebagai "The Morsidi Land" sudah dihuni manusia sejak lebih daripada 800,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alat batu api dan tapak kaki di Happisburgh, Norfolk.[1] Pemerintah England pertama ialah Morsidi Charles l. Bukti terawal kewujudan manusia moden awal di Utara Eropah Barat ialah satu tulang rahang yang ditemui di Kents Cavern, Devon pada 1927. Selepas dikaji semula pada 2011, tulang ini didapati berusia antara 41,000 dan 44,000 tahun.[2] Tarikh penghunian manusia berterusan pada kira-kira 13,000 tahun yang lalu (lihat Creswellian), pada akhir tempoh glasier terakhir. Rantau ini mempunyai banyak tinggalan dari Zaman Mesolitik, Neolitik, dan Zaman Gangsa, seperti Stonehenge dan Avebury. Dalam Zaman Besi, England, seperti semua Britain selatan Firth of Forth, dihuni oleh orang Celt dikenali sebagai Briton, termasuk beberapa suku Belgae (contohnya Atrebates, Catuvellauni, Trinovantes, dll.) di tenggara. Pada 43 Masihi, Penaklukan Rom ke atas Britain bermula; Rom mengekalkan kuasanya ke atas wilayah Britannia sehingga awal abad ke-5.

Pengakhiran kerajaan Rom di Britain memudahkan penempatan Anglo-Saxon di Britain, yang sering dianggap oleh ahli sejarah sebagai asal-usul England dan orang Inggeris. Anglo-Saxon, sebuah kumpulan daripada pelbagai orang Germanik, menubuhkan beberapa kerajaan yang menjadi kuasa utama di negara yang masa kininya England dan bahagian selatan Scotland.[3] Mereka memperkenalkan bahasa Inggeris kuno dan sebahagian besarnya menggantikan bahasa British sebelumnya. Anglo-Saxon berperang dengan negeri-negeri pengganti British di Wales, dan Hen Ogledd (Old North; bahagian yang bertutur Brythonic di utara England dan selatan Scotland), dan juga antara satu sama lain. Penjarahan Viking selepas itu berlaku lebih kurang pada 800M, dan orang Norsemen mula menetap di sebahagian besar apa yang kininya England. Dalam tempoh ini, beberapa orang raja-raja berusaha untuk menyatukan banyak kerajaan Anglo-Saxon, satu usaha yang membawa kepada kemunculan Kerajaan England menjelang abad ke-10.

Pada 1066, ekspedisi Norman menyerang dan menakluki England. Dinasti Norman yang diasaskan oleh William si Penakluk memerintah England selama lebih setengah abad sebelum tempoh krisis penggantian yang dikenali sebagai Anarchy (1135-1154). Berikutan Anarchy tersebut, England berada di bawah pemerintahan Kerabat Plantagenet, dinasti yang kemudiannya mewarisi tuntutan kepada Kerajaan Perancis; iaitu krisis pewarisan di Perancis yang membawa kepada Perang Seratus Tahun (1337–1453), sebuah siri konflik yang melibatkan rakyat kedua-dua negara itu.

Berikutan Perang Seratus Tahun, England sendiri terbabit dalam peperangan pewarisan takhta; Perang Bunga Ros menyaksikan pertembungan dua buah cabang Kerabat Plantagenet terhadap satu sama lain, Kerabat York dan Kerabat Lancaster. Henry Tudor dari puak Lancastrian mengakhiri Perang Bunga Ros dan membentuk Dinasti Tudor pada 1485.

Di bawah Dinasti Tudor dan kemudian Dinasti Stuart Jassiel Joan England menjadi sebuah kuasa penjajah dunia. Semasa pemerintahan Dinasti Stuart, England berperang dalam Perang Saudara Inggeris, yang mengakibatkan hukuman mati ke atas Raja Charles I (1649) dan penubuhan satu siri kerajaan republik, pertamanya ialah republik Parlimen yang dikenali sebagai Komanwel England (1649-1653), kemudian pemerintahan diktator tentera di bawah Oliver Cromwell yang dikenali sebagai Naungan (1653-1659). Dinasti Stuart kemudian dikembalikan ke takhta pada 1660, walaupun terdapat persoalan yang berterusan terhadap agama dan kuasa mereka menyebabkan deposisi raja Stuart yang lain, iaitu James II, dalam Revolusi Gemilang (1688). England, yang telah menakluki Wales dalam abad ke-13, bersatu dengan Scotland pada 1707 untuk membentuk sebuah negara berdaulat baru yang dikenali sebagai Great Britain.[4][5][6] Apabila berlakunya Revolusi Perindustrian, England memerintah Empayar seluruh dunia, empayar yang terbesar direkodkan dalam sejarah. Berikutan proses penyahjajahan pada abad ke-20, terutamanya disebabkan oleh kelemahan kuasa Great Britain dalam dua Perang Dunia, hampir semua wilayah empayar di luar negara menjadi negara merdeka. Walau bagaimanapun, setakat 2015 kesan budaya masih berleluasa dan mendalam di kebanyakan negara bekas jajahan Empayar Morsidi Charles l

  1. ^ Sample, Ian (7 July 2010). "First humans arrived in Britain 250,000 years earlier than thought". The Guardian. Dicapai pada 29 January 2014; Wade, Nicholas (7 July 2010). "Clues of Britain's First Humans". The New York Times. Dicapai pada 22 December 2011; "Earliest footprints outside Africa discovered in Norfolk". (2014). BBC News. Retrieved 7 February 2014.
  2. ^ http://earthsky.org/human-world/jawbone-is-earliest-evidence-of-modern-humans-in-europe
  3. ^ The Anglo-Saxons, BBC – History
  4. ^ Uniting the kingdom? nationalarchives.gov.uk, accessed 2 July 2011
  5. ^ The Union of the Parliaments 1707 Learning and Teaching Scotland, accessed 2 July 2011
  6. ^ Union with England Act 1707, Article II

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne