Selat Torres (bahasa Kalaw Lagaw: Zenadh Kes) adalah suatu bidang perairan sempit yang memisahkan benua Australia dan pulau New Guinea. Jarak terdekat merintangi selat ini terletak pada bahagian hujung Semenanjung Cape York di Queensland, Australia, iaitu kira-kira 150 km (93 batu) ke Western Province di Papua New Guinea.
Selat ini dinamakan sempena Luís Vaz de Torres yang berlayar melaluinya tahun 1606. Pada dekad 1980-an, para penduduk setempat memberi nama rasmi "ZeNaDTH Kes" dalam bahasa Kalaw Lagaw tuturan perantara sesama mereka: ZeNaDTH lakuran zey (selatan), naygay (utara), dagam (belah) dan thawathaw (pesisiran) manakala kes bererti selat;[1] ia kemudiannya dimutakhirkan menjadi Zenadh Kes.[2][3]