Sfinks Gangsa Thutmose III, menggambarkan sang firaun meniarap di atas Sembilan Busur. Bahagian hadapan artifak ini menggunakan burung rapang Rekhyt untuk katakan: "segala orang beri sanjung", menggunakan hieroglif, nb, bermaksud segala, burung rapang, bermaksud orang, dan bintang, bermaksud sanjung; (ia seperti teka-teki bunyi). Tiang Djed yang lambangkan "Kekuasaan" ada di sisinya.
Sembilan Busur ialah nama yang digunakan di zaman Mesir Purba yang merujuk kepada musuh-musuh negeri Mesir. Kaum-kaum yang ada dalam gelaran ini berubah ansur dan tiada sebarang senarai yang mengatakan siapa sahaja Sembilan Busur ini.[1] Apabila Sembilan Busur digambarkan sebagai manusia, mereka biasanya berpakaian lain dari satu sama lain kerana mereka mewakili musuh-musuh yang berbeza.