Senarai Laksamana Armada (Thailand)

Laksamana Armada Thailand
จอมพลเรือ

Bendera rasmi Laksamana Armada

Insignia epaulet Laksamana Armada
Negara
Thailand
Cabang perkhidmatan Tentera Laut Diraja Thai
Singkatan
Pangkat Pangkat lima bintang
Diperkenalkan 1888
Persamaan
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya

Ketua Utama Angkatan Tentera

Pangkat rendah seterusnya Laksamana
Persamaan pangkat tentera udara Marsyal Tentera Udara Diraja (RTAF)
Persamaan pangkat tentera darat Fil Marsyal (RTA)

Chom Phon Ruea (Bahasa Thai: จอมพลเรือ, har. Marsyal bot) atau Laksamana Armada adalah pangkat tentera laut paling kanan dalam Tentera Laut Diraja Thai. Hari ini ia hanya dipegang secara istiadat oleh ahli kerabat Diraja Thai. Pangkat setaraf Tentera Darat Diraja Thai dikenali sebagai Chom Phon dan Chom Phon Akat bagi Tentera Udara Diraja Thai.

Raja Thailand selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai secara automatik dijadikan Chom Phon selepas naik takhta. Pangkat ini secara rasmi dizahirkan pada tahun 1888, bersama-sama dengan semua pangkat tentera yang lain oleh Raja Chulalongkorn (Rama V), yang ingin memodenkan angkatan tenteranya mengikut gaya barat.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne