Senarai baka anjing

Anjing Chihuahua baka kacuk dan anjing besar Denmark ini menunjukkan sebilangan kebolehubahan sangat besar baka anjing.

Anjing telah dibiakbakakan secara terpilih selama beribu-ribu tahun, kadang-kadang dengan pembiakbakaan dalam anjing daripada jurai keturunan sama, kadang-kadang dengan mengacukkan anjing daripada jurai keturunan sangat berlainan.[1] Proses ini berterusan kini sehingga menghasilkan pempelbagaian penampilan tanpa penspesiesan, "daripada anjing Chihuahua hingga anjing besar Denmark."[2]

Senarai berikut menggunakan tafsiran luas untuk "baka". Baka biasanya dikategorikan sebagai jenis fungsi yang daripadanya baka dikembangkan. Jenis yang asasi ialah anjing teman, anjing pengawal, anjing pemburu, anjing gembala, dan anjing pekerja, sungguhpun ada banyak jenis dan subjenis lain. Baka yang disenaraikan di sini mungkin merupakan baka tradisional dengan sejarah panjang sebagai baka terdaftar, baka jarang dengan pejabat pendaftarannya sendiri, atau baka baharu yang mungkin masih dikembangkan.

Dalam sesetengah kes, asal usul baka bertindih dengan sempadan dua buah negara atau lebih; anjing itu biasanya disenaraikan hanya di negara yang dengannya baka itu paling berkaitan (contohnya, mengikut negara tetapannya menurut Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI)). Sesetengah anjing, seperti anjing singa kecil, mempunyai asal usul tidak tentu dan disenaraikan di bawah beberapa buah negara.

  1. ^ Rice, Dan (1996). The Complete Book of Dog Breeding. Barron's Educational Series. ISBN 978-0-8120-9604-0.
  2. ^ Swaminathan, Nikhil (5 Mac 2008). "Why are different breeds of dogs all considered the same species?". Scientific American. Dicapai pada 14 Julai 2008. Dogs are highly unusual in their variation...

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne