Oh My English! merupakan siri drama televisyen Malaysia yang bertemakan komedi dan pendidikan. Rancangan ini juga menggalakkan para pelajar ke arah penggunaan Bahasa Inggeris yang betul. Selain itu, rancangan ini mempunyai 20 episod (Musim 1-2; Musim 4), 23 episod (Musim 3), 24 episod (Musim 6) dan 13 episod (Musim 5). Setiap episod disiarkan selama 30 minit (Musim 1-5) dan 15 minit (Musim 6). Astro TVIQ menjadi penyiar utama bagi rancangan ini melalui saluran 610, & Astro Warna menjadi penyiar utama bagi rancangan ini melalui saluran 132, manakala rancangan ini disiarkan dalam definisi tinggi di saluran Astro Mustika HD melalui saluran 134 (hanya Musim 1-3) dan Astro Maya HD melalui saluran 135 (Musim 3-6). Siri ini mula pada 20 Mei 2012. Siri ini ditamatkan siaran pada 24 Disember 2017. [1]