Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Kelantan serta istiadat menjunjung duli kurniaan pangkat kemuliaan gelaran Perlembagaan & gelaran Kebesaran Negeri sempena perayaan ulang tahun hari keputeraan ke-53 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah diadakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 12 November 2022 bagi sesi pertama dan sesi kedua pada 12 dan 13 Februari 2023. Seramai 769 orang menerima anugerah-anugerah tersebut. Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Kelantan 2022.