Sengkenit | |
---|---|
![]() | |
Sengkenit rusa dewasa, Ixodes scapularis | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Superorder: | |
Order: | Ixodida Leach, 1815
|
Superkeluarga: | Ixodoidea Leach, 1815
|
Famili | |
| |
Diversiti | |
18 genus, c. 900 spesies |
Sengkenit (Jawi: سڠکنيت ), cengkenit, kutu babi, tempiras, caplak atau pirah[1] (bahasa Inggeris: tick) ialah nama biasa untuk araknid kecil dalam keluarga Ixodoidea superkeluarga Ixodoidea, bersama dengan hama-hama lain, membentuk Acarina.
Sengkenit ialah ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia, burung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia; darah yang dihisap ini terkumpul dalam badan sengkenit yang menjadi kembung. Penghisapan ini boleh menyebarkan penyakit melalui patogen seperti bakteria, virus, dan protozoa[2] daripada darah seekor haiwan yang dihinggap sengkenit ini sebelum berpindah kepada seekor haiwan lain, patogen ini pula akan terludah semasa sengkenit menghisap darah haiwan baharu ini.[3] Penyakit-penyakit yang dibawa sengkenit ini termasuk penyakit Lyme, tularemia, demam bintik Pergunungan Rocky dan Rickettsia.[2]