Seni khat ("khat" pinjaman Arab: خط, rumi: khaṭ, lit. 'garisan'[1]) atau kaligrafi (dari bahasa Yunani κάλλος kallos "cantik" + γραφή graphẽ "tulisan") ialah sejenis seni visual berkaitan dengan penulisan melibatkan gaya lenggok pergerakan menanda kertas (sama ada menggunakan berus, pena atau benda tirus seperti kalam) dengan dakwat.[2]:17. Takrifan semasa bagi amalan khat adalah "seni bagi memberi bentuk bagi tanda dalam bentuk gambaran, harmoni dan kemahiran".[2]:18 Kisah penulisan merupakan satu evolusi kecantikan estetika dibingkai dengan kemahiran teknikal, kepantasan penyampaian dan kekangan material dipnunyai seseorang, masa dan tempat.[3]:441 Gaya penulisan digelar skrip, atau huruf (Fraser and Kwiatkowski 2006; Johnston 1909: Plate 6).
Khat moden berbeza antara gambaran huruf tangan dan reka bentuk berfungsi kepada hasil seni halus di mana gambaran abstrak tanda tulisan tangan mungkin atau tidak dikaburkan tulisannya.[2] Khat klasik berbeza dari tipograf dan tulisan tangan klasik-baru, melalui khat mungkin mencipta semua ini; huruf berdisplin segi sejarah akan tetapi mengalir dan spontan, diperkemas ketika menulis.[4][5][6][7]
Seni khat terus berkembang dalam bentuk jemputan perkahwinan dan majlis, reka bentuk fon/tipografi, reka bentuk tulisan tangan asal logo, seni keagamaan, pengumuman/reka bentuk grafik/khat ditempah, ukiran tulisan batu dan dokumen peringatan. Ia juga digunakan sebagai prop dan imej bergerak bagi filem dan televisyen, persaksian, sijil kelahiran dan kematian/peta, dan hasil kerja lain yang membabitkan penulisan (sebagai contoh lihat Letter Arts Review; Propfe 2005; Geddes and Dion 2004).[8][9]