Serangga | |
---|---|
Ikut arah jam dari kiri atas: dancefly (Empis livida), long-nosed weevil (Rhinotia hemistictus), sesorok (Gryllotalpa brachyptera), penyengat Jerman (Vespula germanica), emperor gum moth (Opodiphthera eucalypti), kepinding pembunuh (Harpactorinae) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | Insecta |
Subkelas dan kelas | |
Serangga (Jawi: سرڠݢ ) ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropoda. Spesies-spesies serangga mempunyai ciri utama kulit rangka di luar tubuh yang keras dan berkitin, badan dibahagikan kepada tiga iaitu kepala, toraks dan abdomen, tiga pasang kaki yang terdapat di bahagian tubuh toraks, biji-biji mata majmuk, dan sepasang sesungut. Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.
Serangga ialah kelompok haiwan paling berbagai-bagai termasuk lebih sejuta spesies dicatatkan dan mewakili lebih separuh organisma yang diketahui.[3][4] Jumlah spesies yang masih wujud dianggarkan sebanyak antara enam dan sepuluh juta;[3][5][6] lebih 90% haiwan di Bumi berpotensi daripada jenis serangga.[6][7]
Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.
Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.
Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung, 2,000 spesies mentadak, 20,000 spesies belalang, 170,000 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 spesies lalat, 82,000 spesies pianggang, 350,000 spesies kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.
|first1=
dan |first=
specified (bantuan)