Serendah

Serendah
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Hulu Selangor
MukimSerendah
KeluasanN/A

Serendah ialah sebuah bandar kecil di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Ia merupakan bandar satelit kepada Rawang, Selangor. Terletak 26 kilometer utara dari Kuala Lumpur, Serendah terdapat tempat yang menarik untuk dilawati, antaranya ialah Perigi Tujuh Serendah dan Air Terjun Serendah (atau Templer Kai). Perigi Tujuh Serendah di bina pada zaman dahulu bertujuan untuk mencegah banjir yang besar dari berlaku di kawasan rendah di sini. Antara sebab mengapa serendah mendapat nama. Tempat yang rendah ini sering mengakibatkan bah atau banjir besar berlaku. Sehubungan dengan itu sebuat empangan kecil di bina oleh pihak pengusaha lombong bijih timah yang berada di bahagian rendah kawasan ini untuk mengelakkan banjir dari berlaku.

Ada yang berpendapat empangan ini di bina untuk menjadi kunci air utama kepada limpahan air sungai yang mengalir dari bahagian hulu dan terus bertakung di bahagian tasik buatan bahagian atas empangan kecil yang dinamakan Perigi tujuh ini.

Mitos pula menyatakan di mana, ada ketikanya empangan ini akan dikunjungi oleh puteri-puteri kayangan yang akan turun bersiram (mandi) di kawasan Perigi tujuh ini. biasa nya apabila pelangi kelihatan jatuh di kawasan Perigi tujuh ini dari kejauhan, dipercayai pada waktu itulah puteri-puteri kayangan ini akan turun bersiram (mandi).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne