Seri Iskandar | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Daerah Perak Tengah |
Mukim | Seri Iskandar |
Keluasan | N/A |
Berdekatan | Bota, Bota Kanan, Parit & Tronoh |
Seri Iskandar merupakan sebuah bandar baru yang pesat membangun yang terletak di daerah Perak Tengah, Perak. Ia berdekatan dengan pekan Bota, Bota Kanan, dan Tronoh. Bandar baru ini wujud berikutan pembinaan kampus Universiti Sains Malaysia cawangan Negeri Perak. USM Cawangan Negeri Perak ini kemudian ditukar kepada Universiti Teknologi Petronas.
Seri Iskandar merupakan ibu daerah bagi daerah Perak Tengah pada masa kini dan akan dijadikan bandar pentadbiran kerajaan negeri menjelang tahun 2030.