Sesar bumi

Imej satelit sesar di Gurun Taklamakan. Kedua-dua rabung berwarna-warni (di bahagian bawah kiri dan kanan atas) dahulu membentuk satu garisan lurus tetapi telah dipecahkan oleh pergerakan di sepanjang sesar.

Sesar, sesaran atau gelinciran dalam konteks geologi adalah peretakan pada satah permukaan bumi yang berlaku akibat pemindahan pergerakan besar-besaran isipadu batu akibat penggeseran antara plat-plat tektonik mewujudkan suatu daya tegasan yang kemudianya dilepaskan.[1][2] Pelepasan tenaga seiring dengan peretakan hasil daya ini adalah penyebab kebanyakan gempa bumi.[1]

Satah sesar ialah satah yang mewakili permukaan patah sesar. Surih sesar atau garis sesar ialah tempat di mana sesar itu boleh dilihat atau dipetakan di permukaan. Surih sesar juga garisan yang biasa diplot pada peta geologi untuk mewakili sesar.[3][4]

Zon sesar ialah sekumpulan sesar selari.[5][6] Walau bagaimanapun, frasa ini juga digunakan untuk zon batuan hancur di sepanjang satu sesar.[7] Pergerakan yang berpanjangan di sepanjang sesar yang jaraknya rapat boleh menyukarkan pembezaan, kerana batuan di antara sesar bertukar menjadi lapisan batuan yang terikat dan hancur sedikit demi sedikit.[8]

  1. ^ a b Noor Shahidah Ismail; Norazean Hamdan; Siti Nadia Ameer Hamza; Wan Fatimah Wan Shamshudin (2011). Wan Zuhairi bin Wan Yaacob (penyunting). "Gempa Bumi: Pengenalan". Pengajaran STAG3042. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  2. ^ Lutgens, Tarbuck, Tasa. Essentials of Geology (ed. ke-11). m/s. 32.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ "fault trace", Earthquake Glossary, United States Geological Survey, dicapai pada 10 April 2015
  4. ^ Tristram, Robert (30 April 2003), Where are the Fault Lines in the United States East of the Rocky Mountains?, United States Geological Survey, diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2009, dicapai pada 6 March 2010
  5. ^ “Fault zone.” Merriam-Webster.com Dictionary, Merriam-Webster. Retrieved 8 Oct. 2020.
  6. ^ Fillmore, Robert (2010). Geological evolution of the Colorado Plateau of eastern Utah and western Colorado, including the San Juan River, Natural Bridges, Canyonlands, Arches, and the Book Cliffs. Salt Lake City: University of Utah Press. m/s. 337. ISBN 9781607810049.
  7. ^ Caine, Jonathan Saul; Evans, James P.; Forster, Craig B. (1 November 1996). "Fault zone architecture and permeability structure". Geology. 24 (11): 1025–1028. Bibcode:1996Geo....24.1025S. doi:10.1130/0091-7613(1996)024<1025:FZAAPS>2.3.CO;2.
  8. ^ Childs, Conrad; Manzocchi, Tom; Walsh, John J.; Bonson, Christopher G.; Nicol, Andrew; Schöpfer, Martin P.J. (February 2009). "A geometric model of fault zone and fault rock thickness variations". Journal of Structural Geology. 31 (2): 117–127. Bibcode:2009JSG....31..117C. doi:10.1016/j.jsg.2008.08.009.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne