Set (dewa)

Set
Pusat kultus utamaOmbos, Avaris, Sepermeru
SimbolCokmar Was, binatang Set
Maklumat peribadi
Ibu bapaGeb, Nut
Adik-beradikOsiris, Isis, Nephthys, Horus Si Tua
PasanganNephthys, Neith, Anat dan Astarte
AnakAnubis, Wepwawet,[1] Sobek[2] dan Maga[3]
Equivalents
Kesetaraan YunaniTyphon

Set (/sɛt/; bacaan Egiptologi: Sutekh - swtẖ ~ stẖ[a] atau Yunani: Seth /sɛθ/) ialah dewa padang pasir, ribut, kekacauan, keganasan dan orang asing dalam agama Mesir purba.[6]:269 Dalam bahasa Yunani Purba, Set dinamakan sebagai Sēth (Σήθ). Set mempunyai satu peranan positif yang mana dia menemani Ra dalam bahteranya untuk menghalau Apep, ular Kekacauan.[6]:269 Set berperanan penting sebagai seorang pahlawan yang menamatkan konflik.[6]:269 Dia raja Tanah Merah (gurun), mengimbangi peranan Horus sebagai raja Tanah Hitam (tanah subur).[6]:269

Dalam mitos Osiris, mitos Mesir yang paling penting, Set dikisahkan sebagai perampas takhta yang membunuh dan mengerat-ngerat saudaranya sendiri, Osiris. Isteri/kakak Osiris, Isis, menyusun semula mayatnya dan membangkitkan abang/suaminya yang sudah mati dengan bantuan dewi Nephthys. Kebangkitannya cukup lama untuk mereka mengandungkan anak dan pewaris Osiris, Horus. Horus membalas dendam terhadap Set dan banyak mitos Mesir purba menceritakan konflik mereka.[7]

Dalam astronomi Mesir purba, Set biasanya dikaitkan dengan planet Utarid.

Oleh sebab Set berkaitan dengan kawasan barat Nil iaitu Sahara, dia kadangkala dikaitkan dengan dewa yang lebih rendah, Ha, dewa padang pasir, iaitu dewa yang digambarkan sebagai seorang lelaki dengan determinatif gurun di kepalanya.

  1. ^ "Set". Mythopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-19.
  2. ^ "Sobek from Ancient Egypt".
  3. ^ Ritner, Robert K. (1984). "A uterine amulet in the Oriental Institute collection". Journal of Near Eastern Studies. 43 (3): 209–221. doi:10.1086/373080. PMID 16468192. S2CID 42701708.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Sayce-nd-Hittites
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Budge-nd-HstEgy
  6. ^ a b c d Herman Te Velde (2001). "Seth". Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 3.
  7. ^ Strudwick, Helen (2006). The Encyclopedia of Ancient Egypt. New York: Sterling Publishing Co., Inc. m/s. 124–125. ISBN 978-1-4351-4654-9.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne