Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Seth MacFarlane | |
---|---|
![]() MacFarlane di San Diego Comic-Con International pada Julai 2012 | |
Kelahiran | Seth Woodbury MacFarlane 26 Oktober 1973 Kent, Connecticut, A.S. |
Pendidikan | Kent School |
Pusat pendidikan | Rhode Island School of Design |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1995–kini |
Saudara | Rachael MacFarlane (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen |
|
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Seth Woodbury MacFarlane (/ˈsɛθ ˈwʊdbɛri məkˈfɑrlɪn/; lahir 26 Oktober 1973)[1] ialah seorang pelakon, pelawak, pembikin filem, juruanimasi dan penyanyi Amerika Syarikat, yang bekerja terutamanya dalam bidang animasi dan komedi, serta aksi secara langsung dan genre lain. MacFarlane merupakan pencipta siri TV, Family Guy (1999–2003, 2005–sekarang) dan pencipta bersama siri TV, American Dad! (2005–kini) dan The Cleveland Show (2009–13). Beliau juga menulis, mengarahkan, dan membintangi seberapa filem seperti Ted (2012), sekuelnya Ted 2 (2015), dan A Million Ways to Die in the West (2014) - , Ted, filem cetera komedi pertamanya yang menampilkan lakonan langsung dan suaranya menjadikan beiau sangat terkenal.[2]
Beliau memenangi beberapa anugerah untuk karyanya bagi Family Guy, termasuk dua Anugerah Emmy Primetime dan Anugerah Annie. Pada tahun 2009, beliau memenangi Anugerah Webby untuk Orang Filem & Video Tahunan. Beliau kadangkala berucap di universiti dan kolej di seluruh Amerika Syarikat selain merupakan aktivis hak sosial. Sebuah lagu yang dikaryakan beliau untuk Ted, "Everybody Needs a Best Friend", dicalonkan untuk Anugerah Akademi.
Beliau kini berkhidmat sebagai penerbit eksekutif Cosmos: A Spacetime Odyssey, kesinambungan dari siri Cosmos oleh mendiang Carl Sagan yang dihoskan oleh Neil deGrasse Tyson.[3]