Setiausaha Perang Amerika Syarikat | |
---|---|
United States Secretary of War | |
![]() | |
![]() Bendera Setiausaha Perang | |
Jabatan Perang Amerika Syarikat | |
Gelaran | Tuan Setiausaha |
Anggota bagi | Kabinet Amerika Syarikat ![]() |
Lapor kepada | Presiden |
Bidang kuasa | Amerika Syarikat ![]() |
Institusi | Jabatan Perang Amerika Syarikat ![]() |
Kediaman | Washington ![]() |
Pusat | Washington, D.C. |
Dilantik oleh | Presiden atas nasihat dan persetujuan Senat |
Tempoh jawatan | Tiada tempoh ditetapkan |
Pelopor | Setiausaha masa Perang |
Dibentuk | 1789 |
Pemegang pertama | Henry Knox |
Pemegang akhir | Kenneth C. Royall |
Dimansuhkan | 1947 |
Digantikan oleh | Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat, Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat dan Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat ![]() |
Penggantian | Setiausaha Pertahanan Setiausaha Tentera Darat Setiausaha Tentera Udara |
Senarai | List of United States Secretaries of War (en) ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Setiausaha Perang adalah anggota Kabinet Presiden Amerika Syarikat, bermula dengan pentadbiran George Washington. Satu jawatan yang sama, samada dipanggil "Setiausaha masa Perang" atau "Setiausaha Perang," telah dilantik untuk berkhidmat dengan Kongres Konfederasi dibawah Artikel Konfederasi antara tahun 1781 dan 1789. Benjamin Lincoln dan kemudian Henry Knox menyandang jawatan itu. Apabila Washington dilantik sebagai presiden pertama dibawah Perlembagaan, beliau melantik Knox untuk terus berkhidmat.
Setiausaha Perang merupakan ketua Jabatan Perang. Pada mulanya, beliau bertanggungjawab bagi semua urusan ketenteraan, termasuk hal ehwal tentera laut. Pada tahun 1798, Setiausaha Tentera Laut telah diwujudkan oleh statut, dan skop tanggungjawab bagi pejabat ini dikurangkan kepada hal ehwal Tentera Darat Amerika Syarikat. Dari tahun 1886 seterusnya, Setiausaha Perang berada di tempat ketiga dalam susunan penggantian jawatan presiden, selepas Naib Presiden Amerika Syarikat dan Setiausaha Negara.
Pada tahun 1947, dengan pelulusan Akta Keselamatan Negara 1947, Setiausaha Perang digantikan oleh Setiausaha Tentera Darat dan Setiausaha Tentera Udara, yang, berserta dengan Setiausaha Tentera Laut, sejak tahun 1949 menjadi subordinat bukan-Kabinet dibawah Setiausaha Pertahanan. Pejabat Setiausaha Tentera Darat secara umumnya dianggap pengganti terus kepada Setiausaha Perang walaupun Setiausaha Pertahanan mengambil tempat Setiausaha Perang dalam Kabinet, dan susunan penggantian jawatan presiden.