Shades (kumpulan muzik)

Shades
Shades di awal kemunculan sebagai artis rakaman
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreAcapella, R&B, Pop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1993 - 2001
2012 - sekarang
Syarikat rakaman
1995 - 1998: Warner Music
2000 - 2002: Gecko Records
Pengkarya berkait
KOOL, A to Z, Nico
Laman sesawang
[Shades]
[Shades]
Bekas ahliZenn Wahab (telah meninggal dunia 2014)
Wandi
Wan-G
Paparan amaran: Laman yang menggunakan Templat:Kotak info pemuzik dengan parameter tidak diketahui "Influences"
Paparan amaran: Laman yang menggunakan Templat:Kotak info pemuzik dengan parameter tidak diketahui "Group_members"

Kumpulan Shades merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang aktif di Malaysia. Kumpulan Shades popular dengan genre nyanyian harmoni dan acapella.

‘’’SEJARAH KUMPULAN SHADES’’’ Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Jeri bersama Izzee di Central Market Kuala Lumpur tempat mereka “melepak” atau “bersantai”. Mereka bermula atas nama Deniza untuk membuat persembahan pentas dan prom nights bersama ‘’’Nazrae’’’, ‘’’Wan’’’ dan ‘’’Saiful’’’. Beberapa persembahan kemudian sebelum di discover oleh music producer ‘’’Man Senoi’’’ (yang menaikkan kumpulan rap 4u2c). Kemudiannya di bawa ke Warner Music untuk memilih untuk menjadi artis di bawah naungan Warner Muzik Malaysia. Nama kumpulan di tukar ke SHADES bersama 5 ahli tetap.

Setahun kemudian album pertama Shades di terbitkan pada tahun 1995 berjudul ‘’’Shades’’’. Album pertama menampilkan lagu-lagu Melayu ciptaan Man Senoi dan Mama Rap. Album pertama Kumpulan Shades berjaya di jual sebanyak 50k unit di seluruh Malaysia. Dengan lagu-lagu Hit ‘’’Jangan Ucap Selamat Tinggal’’’, ‘’’Malam’’’. Kumpulan Shades juga berjaya memenangi anugerah bagi Kumpulan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ‘’’A.i.m’’’ pada tahun 1996.

Tahun seterusnya Album ke-2 Kumpulan Shades diterbitkan dibawah Warner Muzik Malaysia juga. Album berjudul ‘’’Yang teristimewa’’’ kurang berjaya terjual seperti album pertama hanya sebanyak 25k unit.

Pada 1998 Warner Muzik mendapatkan khidmat Muzik Producer ‘’’Ajai (Exist)’’’ untuk album ke-3 Kumpulan Shades. Malangnya Kumpulan Shades di lepaskan oleh Warner Muzik Malaysia pada tahun tersebut walaupun 80% album tersebut sudah berjaya dirakamkan.

Pada tahun yang sama ‘’’Jeri’’’ dan ‘’’Izzee’’’ meninggalkan Kumpulan Shades atas sebab-sebab peribadi. Kumpulan Shades bersama 3 ahli tetap ‘’’Wan’’’, ‘’’Nazrae’’’ dan ‘’’Saiful masih meneruskan komitmen membuat persembahan di merata Malaysia. Akhirnya pada tahun 1999 Syarikat Rakaman Gecko Record mengambil Kumpulan Shades untuk berada dibawah naugan mereka dan Album Shades ke-3 akhirnya diedarkan pada tahun 2000 berjudul ‘’’Shades>2001’’’. Album ini menampilkan 3 ahli Kumpulan Shades merakamkan lagu-lagu Melayu dan inggeris. Berjaya mendapat perhatian artis Antarabangsa ‘’’Jackey Cheung’’’ untuk bergabung menggunakan khidmat Kumpulan Shades untuk muzik Album Krismas beliau di Hong Kong.

Dilepaskan oleh Gecko Record pada 2003. Masih aktif dalam industri muzik. Banyak jemputan TV, Radio dan pentas, akhirnya semua ahli tetap Shades bergabung semula. Kumpulan Shades juga aktif menggunakan khidmat rakan-rakan artis dan bukan artis untuk pengganti suara sesionist, menggantikan sementara ahli tetap tiada.

Pada 2010 Warner Muzik Malaysia mengedarkan album lagu terbaik “the best of - Shades” 2010 juga ‘’’Wan’’’ meninggalkan Kumpulan Shades di ikuti oleh ‘’’Nazrae’’’.

Pada tahun 2012 ‘’’Saiful’’’ ahli Kumpulan Shades yang masih aktif berjaya meyakinkan ahli Kumpulan Shades untuk menyertai persembahan antarabangsa di Singapura ‘’’the International Acapella Featival’’’. Walaupun ‘’’Wan’’’ tidak menyertai persembahan, Kumpulan Shades berjaya memdapatkan khidmat ‘’’Zenn Wahab’’’ dari kumpulan ‘’’Quest’’’. Dengan niat menyampaikan lagu-lagu traditional melayu dalam bentuk versi acapella, Kumpulan Shades mendapat kepercayaan dari Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara (JKKN), Kumpulan Shades berjaya menjadi kumpulan Acapella pertama Malaysia mewakili negara di festival antarabangsa tersebut.

Pada tahun yang sama 2012 Kumpulan Shades bergabung bersama 3 lagi kumpulan popular pop Malaysia ‘’’Kool’’’, ‘’’A2Z’’’ dan ‘’’Nico’’’ untuk merakamkan album berjudul Generasi X. Diatas nama gabungan GX-4. Dengan Lagu ‘’’Kerana Kasihmu’’’, mendapat nominasi lagu terbaik di anugerah industri muzik 2012.

Tahun-tahun seterusnya Kumpulan Shades meneruskan beraneka persembahan bersama ‘’’Zenn Wahab’’’ sebagai ahli tetap. walau bagaimanapun dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah album baru, Zenn menembuskan nafas terakhir selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bagan Datoh. Album tersebut ditangguh dan di tamatkan.

Kini Kumpulan Shades meneruskan kerjaya masing-masing.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne