Shahz Jaszle | |
---|---|
![]() Shahz; 2024 | |
Kelahiran | Muhammad Shahrizal Jaszle bin Jasmin 30 Julai 1988 Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pendidikan | Diploma[1] |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2008–kini |
Pasangan | Hanis Husna (k. 2015) |
Anak-anak | 2 |
Muhammad Shahrizal "Shahz" Jaszle Jasmin (lahir 30 Julai 1988) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam Tari Tirana pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan dan menjadi kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara dan Gemilang dan Tahajjud Cinta di TV3.
Pada 4 Mei 2017, Shahz telah membintangi filem 2017, Lebuhraya Ke Neraka, arahan Mamat Khalid. Beliau memegang watak sebagai Jeff dalam filem ini.[2]