Shame | |
---|---|
Pengarah | Steve McQueen |
Penulis | Steve McQueen Abi Morgan |
Dihasilkan oleh | Iain Canning Emile Sherman |
Dibintangi | Michael Fassbender Carey Mulligan James Badge Dale Nicole Beharie |
Sinematografi | Sean Bobbitt |
Disunting oleh | Joe Walker |
Muzik oleh | Harry Escott |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Fox Searchlight Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 101 minit[1] |
Negara | United Kingdom |
Bahasa | English |
Bajet | $6.5 juta[2] |
Pecah panggung | $17.7 juta[3] |
Shame merupakan filem drama British tahun 2011 yang diarah Steve McQueen dan dibintangi oleh Michael Fassbender serta Carey Mulligan sebagai adik-beradik. Ia diterbitkan bersama oleh Film4 dan See-Saw Films. Adengan-adengan eksplisit dalam filem ini yang menunjukkan perlakuan ketagihan seksual telah menyebabkan filem ini diberi penarafan NC-17 di Amerika Syarikat.[4][5]
Shame telah ditayangkan buat pertama kalinya di Festival Filem Venice ke-68[6] dan Fassbender telah memenangi Piala Volpi untuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem ini.[7] Filem ini turut ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36,[8] Festival Filem New York ke-49, Festival Filem London BFI ke-55 dan Festival Filem Denver ke-34.[9]
Shame telah ditayangkan di United Kingdom pada 13 Januari 2012,[10] selepas ditayangkan secara terhad di Amerika Syarikat pada 2 Disember 2011.[11][12] Fox Searchlight Pictures telah membayar sekitar $400,000 untuk mendapatkan hak pengedaran Shame di Amerika Syarikat.[13][14][15]