Sharifah Sakinah

Sharifah. Sakinah
Sakinah di studio MeleTOP pada Oktober 2015
Kelahiran
Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired

(1989-05-28) 28 Mei 1989 (umur 35)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
Pasangan
  • Alif Adha Jamil (k. 2015; c. 2020)
  • Michael Hansen (k. 2020; c. 2022)
Anak-anak1
Saudara

Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired (lahir 28 Mei 1989; Jawi: شريفه سكينه) ialah pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia, terkenal menerusi lakonannya dalam TV dan filem.[1] Sakinah mendapat perhatian menerusi sitkom Hotel Mania (2010). Sejak itu, beliau membintangi siri komedi seperti Bimbi & Bonnie (2013) dan Yem Rempit (2014), yang mana beliau memenangi Anugerah Lawak Warna 2014 bagi kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular.[2]

Sakinah juga telah membintangi beberapa filem, termasuk Ular (2013), Kimchi Untuk Awak (2017) dan Rise: Ini Kalilah (2018). Beliau juga telah membintangi sejumlah siri drama TV, termasuk Dendam Sarakit (2012), Benci Vs Cinta (2013), Suamiku Mat Piun (2018) dan Voice Note (2019). Beliau ialah adik kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah.

  1. ^ Amirul Haswendy Ashari (21 Ogos 2016). "Sakinah suka tak ikut dialog". Metro Ahad. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (15 Julai 2017). "Watak komedi bayangi bakat Sharifah Sakinah". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne