Shukri Yahaya

Shukri Yahaya
Kelahiran
Mohd Shukri bin Yahaya

(1988-06-13) 13 Jun 1988 (umur 36)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif2011–kini
PasanganTya Adnan (k. 2015)
Anak-anak2

Mohd Shukri bin Yahaya (lahir 13 Jun 1988) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Beliau telah membintangi sejumlah drama bersiri yang popular antaranya Asam Pedas Untuk Dia (2015), 7 Hari Mencintaiku (2016), Andainya Takdir (2017), Andainya Takdir 2 (2018), Kerana Dia Manusia Biasa (2019), 7 Hari Mencintaiku 2 (2020), Rindu Awak Separuh Nyawa (2021) dan Andai Itu Takdirnya (2023).[1] Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi beberapa anugerah menerusi lakonannya dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir dan Split TV Series. Beliau mengembangkan bakatnya di dalam bidang pengarahan menerusi telefilem Raya Talak Satu (2022) untuk siaran Astro Ria.

  1. ^ SHUKRI YAHAYA-AKTOR TV PALING PROLIFIK ERA INI Glam Lelaki (Julai 2019). Dicapai pada Julai 2019.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne