Sicherheitsdienst des Reichsführers-SS | |
![]() Insignia pergelangan baju SD | |
![]() SD adalah satu cabang dalam SS. | |
Intisari bahagian Perisikan | |
---|---|
Dibentuk | 1932 |
Agensi terdahulu |
|
Dibubarkan | 8 Mei 1945 |
Jenis | Bahagian Perisikan |
Bidang kuasa | ![]() Taklukan Eropah |
Ibu pejabat | Prinz-Albrecht-Straße, Berlin 52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E |
Kakitangan | 6,482 anggota pada Februari 1944[1] |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif bahagian Perisikan |
|
Agensi induk | ![]() RSHA |
Sicherheitsdienst (bahasa Inggeris: Perkhidmatan Keselamatan), nama penuh Sicherheitsdienst des Reichsführers-SS, atau SD, adalah agensi perisikan dalam SS dan Parti Nazi di Jerman Nazi. Organisasi tersebut merupakan kumpulan risik pertama Parti Nazi yang ditubuhkan dan telah dianggap organisasi kembar Gestapo, yang telah di serap masuk oleh SS selepas tahun 1934. Antara tahun 1933 dan 1939, SD telah ditadbir sebagai sebuah jabatan bebas SS, selepas itu ia dipindahkan ke pihak berkuasa Pejabat Keselamatan Utama Reich (Reichssicherheitshauptamt; RSHA), sebagai salah satu daripada tujuh jabatan/pejabat.[2] Pengarah pertamanya, Reinhard Heydrich, bercadang membawa setiap individu dalam Reich Ketiga dibawah "pengawasan berterusan" SD.[3]
Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia II, SD telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan jenayah di Perbicaraan Nuremberg, berserta dengan seluruh RSHA Heydrich (termasuk Gestapo) secara individu dan sebagai cabang SS secara kolektif.[4] Pengganti Heydrich', Ernst Kaltenbrunner, telah di jatuhi hukuman mati kerana kerana jenayah perang di Tribunal Nuremberg dan digantung pada tahun 1946.[5]