Suatu sifat kimia ialah apa-apa sifat bahan yang menjadi tampak ketika atau selepas tindak balas kimia, yakni ciri yang hanya dapat diterbitkan melalui perubahan juzuk kimia suatu bahan.[1] Dengan ini, sifat kimia tidak dapat diukur secara terus melalui indera seperti mana sifat fizik, tetapi dengan mengubah struktur dalaman bahan dengan ketara untuk memerhatikan sifat kimia.